Konsert Mingguan Mentor_(musim_4)

Konsert Mingguan Mentor diadakan setiap malam Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam, mulai 2 Mei 2010 (bersiaran langsung selama 1½ jam mulai pukul 9 malam). Format pemarkahannya ialah 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% lagi melalui juri awam.[13]

Pengenalan

Siaran langsung Mentor 4 bermula dengan rancangan pengenalan para protege yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 2 Mei 2010. Mulai malam persembahan ini juga, Nas Ahmad kembali menyandang tugas sebagai pembantu pengacara belakang tabir Mentor. Juara musim ketiga, Black menyempurnakan persembahan pembukaan dalam konsert ini.

Antara yang menarik dalam konsert pengenalan: selepas Thalia bernyanyi, Ziana Zain dijemput untuk mempersembahan sedikit sebuah lagu baru, sehingga dicelah secara mengejut oleh nyanyian "Happy Birthday" oleh protege dan kaum keluarga sendiri sempena hari jadi mentor berkenaan. Persembahan Shaq dihentikan di tengah jalan oleh mentornya, Mas Idayu dengan penjelasan berikut:[13]

Ini bukan dirancang. Sebenarnya doktor menyuruh Shaq berehat selama dua hari kerana dia mempunyai masalah di bahagian tekak menyebabkan suaranya tidak keluar.

Tetapi selepas mendapat suntikan dan rawatan daripada doktor, suaranya ada kembali dan Shaq mengambil keputusan untuk menyanyi pada malam ini.

Saya memberikannya peluang tetapi ternyata dia masih belum dapat menyanyi pada malam ini. Daripada dia terus menyanyi dan akhirnya memalukan dirinya dan saya, lebih baik saya menghentikannya.

Menjelang akhir konsert pengenalan ini, selepas keenam-enam protege bersama-sama mempersembahkan lagu tema Mentor, Tunjuk Ajarku Sifu, Ajai dan Sazlan Mat Adnan yang bertindak sebagai juri malam ini, membahagikan keenam-enam protege kepada dua kumpulan pada akhir rancangan.

Dalam konsert-konsert seterusnya, para protege membuat persembahan untuk meraih markah juri, penonton di studio dan di rumah. Mereka membuat satu persembahan solo dan satu persembahan duet setiap minggu, diselitkan persembahan khas dari peserta yang ditolak dari ujibakat di tengah-tengah dan persembahan ketiga-tiga protege secara berkumpulan menjelang akhir malam konsert sambil menanti keputusan mereka.

Pusingan pertama

Kumpulan A (9 Mei 2010)

Juri: Zainal Abidin dan Helen Yap

Markah
  • Shaq: 42
  • Ila: 33
  • Nani: 25

Sebagai pemenang malam ini, Shaq dan Mas Idayu menerima hadiah dua utas jam tangan sumbangan Roscani.

Kumpulan B (16 Mei 2010)

Pada permulaan malam persembahan, Ally Iskandar menggemparkan penonton dengan pengumuman bahawa Ziana Zain telah menggugurkan Thalia sebagai protege lalu dalam masa 48 jam sebelum persembahan dilangsungkan.

Juri: Ad Samad dan Aidit Alfian

Markah
  • Ayim: 38
  • Adi: 32
  • Mohd: 30

Sebagai pemenang malam ini, Ayim dan Mus May menerima hadiah dua utas jam tangan sumbangan Roscani.

Pusingan kedua

Dalam pusingan kedua, para peserta bernyanyi bersama protege kumpulan lain dalam persembahan duet.

Kumpulan A (23 Mei 2010)

  • Persembahan khas MC Freze (ujibakat Joe Flizzow): "Dengarkan Kawan" (lagu asli)

Juri: Aubrey Suwito dan Yasin

Markah
  • Ila: 37
  • Nani: 36
  • Shaq: 27

Sebagai pemenang malam ini, Ila dan Joe Flizzow menerima hadiah telefon bimbit LG BL20v.

Kumpulan B (30 Mei 2010)

  • Persembahan khas Merah (ujibakat Mus May): "Pawana" (Search)

Juri: Nora dan Edrie Hashim

Markah
  • Adi: 37
  • Ayim: 32
  • Mohd: 31

Sebagai pemenang malam ini, Adi dan Dayang Nurfaizah menerima hadiah telefon bimbit LG BL20v.

Pusingan ketiga

Inilah konsert penentuan yang menyaksikan satu protege disingkirkan dari setiap kumpulan sebelum pusingan separuh akhir. Para protege berduet dengan penyanyi terkenal dalam pusignan ini.

Kumpulan A (6 Jun 2010)

Juri: Edry Abdul Halim dan Lah Ahmad

Markah
  • Nani: 38
  • Ila: 35
  • Shaq: 27

Sebagai pemenang malam ini, Nani dan Azmeer menerima hadiah kamera Canon EOS 1000D.

Markah terkumpul
  • Ila: 105
  • Nani: 99
  • Shaq: 96

Maka, Shaq dan Mas Idayu tersingkir dari pertandingan.

Kumpulan B (13 Jun 2010)

Juri: Audi Mok dan Faizal Tahir

Markah
  • Mohd: 41
  • Adi: 31
  • Ayim: 28

Sebagai pemenang malam ini, Mohd dan Ziana Zain menerima hadiah kamera Canon EOS 1000D.

Markah terkumpul
  • Mohd: 102
  • Adi: 100
  • Ayim: 98

Maka, Ayim dan Mus May tersingkir dari pertandingan.

Separuh Akhir

Separuh Akhir 1 (20 Jun 2010)

Juri: Liza Hanim dan Ramli M.S.

Markah keseluruhan dibawa ke konsert seterusnya dan tidak diketahui kepada umum (selain undian juri awam di studio). Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai protege pilihan, Liza memilih Mohd manakala Ramli memilih Nani.

Separuh Akhir 2 (27 Jun 2010)

Juri: Adnan Abu Hassan dan Dato' Sheila Majid

Sebelum keputusan diumumkan, Ally membuat pengumuman gempar bahawa pihak penerbit menentukan tiga peserta layak ke peringkat akhir nanti.

Markah:

  • Nani: 55
  • Adi: 44
  • Ila: 42
  • Mohd: 59

Maka, Ila dan Joe Flizzow tersingkir di peringkat ini.

Akhir (4 Julai 2010)

Tiga protege – Nani, Adi dan Mohd – merebut kejuaraan Mentor 4 di Auditorium MBSA. Konsert akhir yang dilangsungkan selama 2 jam 15 minit bermula 9 malam ini dimulakan dengan persembahan istimewa dari protege-protege yang tersingkir sebelum ini, iaitu Chaq, Ayim dan Ila.

Setiap finalis dikehendaki membuat persembahan tiga kali; iaitu satu persembahan solo lagu popular, satu persembahan duet bersama artis mendendangkan lagu artis berkenaan, dan satu persembahan solo lagu baru nukilan komposer tempatan khas untuk acara ini. Juri undangan khas ialah Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikel.

Bahagian 1:

Bahagian 2:

Menerusi undian di laman web, dua peserta ujibakat ditampilan khsuus untuk konsert akhir ini, dan juri menentukan peserta mana yang membawa pulang hadiah istimewa.

Ketiga-tiga juri memutuskan Merah sebagai pemenang yang membawa pulang hadiah tunai RM 1,000.

Bahagian 3:

Keputusan muktamad:

  • Mohd: 71 markah – hadiah RM 100,000 dan kontrak rakaman Monkey Bone Records
  • Adi: 62 markah – hadiah RM 30,000
  • Nani: 52 markah – hadiah RM 10,000

Dengan itu, Mohd, protege Ziana Zain dinobatkan sebagai juara Mentor musim keempat.

Carta penyingkiran